Kisah Turkey dan Serigala Lagenda Dari Langit
|
Logo Imej Serigala Pada Bendera Turkey |
|
Mythology ini berkait kepada peradaban Zoroasterian |
Ibarat kita menonton tv/movie cerita animasi keluaran 'Waltdisneys',cerita kisah pemuda miskin dari sebuah desa, Beliau melawan naga untuk selamatkan puteri pokok potai,Dan disebabkan raja negara itu gembira puterinya selamat maka dikahwinkan puterinya kepada pemuda itu
dan akhirnya anak kampung ini, Seperti biasa diakhir cerita pasti heppy ending bak pepatah orang orang kualo pilah ..
"lovely ever after..The End"
eh belum mula lagi the end pulak haish..
Turkey & Serigala Lagenda
Irk Bitig , Nama bagi manuskrip abad ke-10 yang terdapat di Dunhuang, Adalah salah satu sumber yang paling penting untuk mitologi dan agama rakyat Turki. Buku ini ditulis dalam huruf ejaan abjad Turki Lama seperti prasasti Orkhon.
Selepas Oghuz menjadi khan, dia pergi ke padang rumput untuk memuji dan berdoa kepada Tengri (Sky-God).
Semasa berdoa dia melihat bulatan cahaya yang datang dari langit, didalam bulatan itu ada seorang gadis yang sangat cantik didalam cahaya.
Dan Oghuz jatuh cinta dengan gadis itu kerana keindahan rupa paras dan menikahinya. Beliau mempunyai tiga anak lelaki yang dia namakan
Gün (Sun), Ay (Moon) dan Yıldız (Bintang).
Kemudian selang masa berlalu, Si Oghuz ini beliau pergi memburu dan pada waktu memburu, Oghuz melihat pula seorang gadis lain yang sangat juga cantik di dalam hutan . Kemudian setelah berlaku bibit percintaan Oghuz mengambil kepuutusan untuk berkahwin dengan wanita hutan ini, Masa berlalu pergi oghuz menerima dan mempunyai tiga orang anak lelaki hasil perkahwinan dengan wanita hutan ini,
( tiada nama kepada wanita hutan ini)
Anak anak ini yang bernama Gok (Sky),
Dağ (Gunung)
Deniz (Laut).
Romeo jugak watak Oghuz ini,asal nampak wanita cantik je semua dicuba nasibnya (ana jer tulis ini) sambil gelak ..
Tengriisme adalah agama monoteis dalam mitologi Turki. Tengri adalah satu tuhan dalam Tengriisme.
İtbarak
Asena
Kemudian, dia menghantar surat kepada Raja-raja Empat Arahannya dengan berkata:
"Saya adalah Khan dari Turki dan saya akan menjadi Khan dari Empat Penjuru Bumi, saya mahu ketaatan anda setia kepada saya" !
Altun Khan (Golden Khan),
di benua kanan bumi,
telah menyerahkan kesetian dan ketaatannya kepada raja
Urum (Rom),
Khan dia berada di sudut bahagian kiri turkey tidak senang dan rela menunduk kepada Urum, Beliau juga adalah Oghuz merasakan tercabar dengan arahan si raja Urum ini mengisytiharkan perang ke Urum Khan,
Maka oghuz pun mula menyusun strategi serta mengumpulkan orang orang nya,seperti biasa jika ada sinopsis plot peperangan, Kita boleh bayangkan bagaimana persiapan rapi bala tentera yang berlatih dan menyediakan kelengkapan,
Tibalah hari peperangan itu Oghuz berkuda bersama dan memimpin tenteranya ke arah barat.Mereka pun mara dalam perjalanan menuju ke medan perang,
Suatu malam, sewaktu oghuz berehat disatu kawasan sebelum tiba ke lokasi medan perang, Munculah watak seekor serigala jantan yang besar dengan bulu kelabu(serigala memang kelabu kehitaman)
Dikatakan dalam mitologi ini,Serigala ini merupakan avatar dari dewa Tengrii, Telah datang ke khemahnya dengan satu aura cahaya yang terang, Berrkatalah serigala ini ,
"Oghuz, anda mahu menuju dan sedia berhadapan terhadap pasukan raja Urum Khan, Aku juga ingin maju pergi bersama kau ke medan perang !!, tetapi sebelum tibanya tentera anda disitu, Aku akan turut membantu perjalanan pasukan tentera mu ini,"
Maka, serigala dari langit, ini pun berjalan mendahului pergi sebelum diikuti tentera Turki dan membimbing menunjukkan laluan kepada mereka sambil menunjukkan laluan lokasi medan perang .
Serigala ini dikatakan adalah jelmaan tuhan tingirii,mengikut kepercayaan kuno kaum turki ketika itu, Jelmaan serigala ini banyak membantu Oghuz Khan dalam perjalanan ke medan perang serta sewaktu pertempuran berlaku.
Kedua-dua tentera ini berjuang berlawan ,bermandikan keringat,darah,nyawa,anak busur dilepaskan,tombak yang menikam,perisai menahan tetakan pedang,
Anda dapat bayangkan suasana dahsyat. peperangan dizaman kuno ini seperti dalam "movie" peperangan zaman lampau..hummm
Mereka berlawan berhampiran sungai İtil (Volga). Dan beberapa ketika telah
Oghuz Khan memenangi perang ini .
Kemudian,
Penceritaan mitologi Oghuz dan enam anak lelakinya telah menjalankan kempen di Turkistan, India, Iran, Mesir, Syria, Bersama serigala kelabu dari langit , sebagai panduan dan pertolongan kepada mereka.
Oghuz menjadi Khan(raja,ketua,Pemimpin) Dari Empat Benua Penjuru Bumi.
Dan kisah mythologi Ini mempunyai banyak persamaan biasa dengan mitos Aegean dan Anatolia (Yunani dan Hittite) serta mitologi rakyat Mongol.
Legenda Ergenekon pula menceritakan tentang krisis besar kaum Turki kuno. Berikutan kekalahan tentera mereka, orang Turki telah pergi berlindung di sebuah lembah,Yang disebut Ergenekon,
Lagenda ini di mana mereka para tentera terperangkap selama empat abad atau 4 tahun (tiada spesifik tarikh).
Namun mereka akhirnya telah dibebaskan apabila pandai membuat kerja perleburan dan pertukangan kimpalan besi, membuat laluan jalan dengan batu lebur,
Yang membolehkan serigala kelabu Asena memimpin mereka keluar dari lembah itu,
Upacara Sambutan Tahun Baru memperingati kekalahan tentera ini dari leluhur legenda serigala kelabu dan lembah Ergenekon.
Footnote Badboss :
Sebenarnya terdapat lagi kisah penceritaan masyarakat turkey setempat yang membawa pelbagai tajuk cerita,namun watak "Serigala,Oghuz"& Tingirrie" tetap ada, kalau ana nak tuliskan semua kisah penat juga jari typing,
Serta cerita kisah lagenda tempatan dari warga tua yang berkonsepkan Mythologi, Dari orang orang lama disekitar negara turkey yang masih menceritakan akan kisah Lagenda Serigala Kelabu ini sehingga kehari ini,
Dapat anda saksikan betapa kuatnya semangat lagenda serigala kelabu ini kepada kehidupan rakyat turkey zaman kini,
Lihat saja contoh gambar dibawah yang ana cara 'random' ambil diweb dan jumpa banyaknya
Bendera turkey yang ada imej serigala,
Simbol tangan mereka yang dilihat oleh para pengkaji dunia konspirasi sifatkan sebagai simbol "Baphomet" hand singn,
Dari rakyat biasa membawa kepada pemimimpin negara serta menteri mereka, Simbol ini tetap digunakan terkait dan merujuk serigala kelabu,
Mitologi Turkiy ini merangkumi tradisi Tengriist dan Shamanist serta subjek budaya dan sosial sebagai rakyat turkey yang berasal dari corak puak nomad.
Selain Buddhisme, mitologi Turki dipengaruhi oleh Zoroastrianisme dan Manichaeism.
Yang sebenarnya tiada langsung kaitan kepada sirah para Nabi sebelum atau selepas Baginda Rasullulah saw, Melihatkan pada beberapa nama watak penting kepada kisah lagenda ini,
Jadi apakah pendapat anda , Apakah ianya hanya sebagai satu kisah cerita orang kampung, Cerita lagenda semangat orang zaman dulu,
Jelas berbezanya kepada kita Orang Melayu Islam, Masih dapat meletakkan sempadan ikutan panutan jikalau cerita yang hadir sebagai kisah lama dan tidak terkait kepada agama Islam kita tidak akan mengambilnya secara serius,kerana kita masih menjaga titikberatkan dan risaukan 'Akidah' Sebagai umat Islam akan terpesong walaupun ianya dianggap Mitologi,..
Lihatlah simbol dianggap serigala lagenda turkey tersemai rapi pada minda rakyat turkey walaupun ada antara mereka yang beragama Islam tahu batasan agama.
apakah ikut ikutan atau sebaliknya..
Wallahuallam Bisawab,
Artikel ini hanya sebagai pembacaan santai sambil berfikir dan merenung kepada setiap aspek yang perlu dan ada..Kerana ianya kisah Mythologi rakyat turki sahaja..
Dinukilkan kembali oleh Badboss.
#BadbossCoverstory
#BadbossMythologyStories
#MythologyTempatanDunia
#TurkiDanSerigalaKelabu
#RenungkanFikirkan
#WorldGeoEschatology
Follow Fb Pages
https://www.facebook.com/pg/BadBoss-Conspiracy-News-551679168600502/posts/
https://www.facebook.com/pg/BadBoss-Conspiracy-News-551679168600502/posts/