Jumlah Pelawat Blog Sekarang

Friday, February 28, 2020

1997 Malaysia Ingin Menggunakan Teknologi Harrp

Harrp Russia

Harrp Alaska
PADA 12 November 1997,

 Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu, Datuk Law Hieng Ding, mengumumkan Kabinet bersetuju mencuba teknologi angkasa Russia bagi membentuk ribut taufan atau siklon untuk menolak jerebu yang meliputi ruang udara negara ketika itu.

Pengumuman agak memeranjatkan itu bukan saja menjadi tajuk utama akhbar tempatan, malah mendapat tempat di beberapa akhbar antarabangsa seperti Wall Street Journal yang turut kagum dengan teknologi diperkatakan Law, walaupun ramai juga yang menganggap ia sebagai gimik untuk menyedapkan hati rakyat.

Tanggapan itu diperkukuhkan lagi apabila Law beberapa hari kemudian mengumumkan pula pembatalan rancangan hebat itu, walaupun beliau sudah menyatakan satu syarikat tempatan akan menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat milik kerajaan Russia bagi membentuk siklon itu.

Seperti berlalunya jerebu yang suatu ketika meliputi ruang udara negara sehingga mencemaskan rakyat, begitu juga berlalunya laporan pengumuman Law yang menakjubkan itu. Apabila ruang udara Malaysia kembali cerah, segala kontroversi berhubung usaha menangani jerebu itu hilang begitu saja.

Namun, sehari selepas gempa bumi besar di dasar laut Sumatera yang menyebabkan tsunami pada 26 Disember lalu, kenyataan Law itu muncul kembali. Kali ini petikan laporan kenyataan beliau itu terpampang di laman web berita serta laman web konspirasi asing.

Kenyataan itu turut menjadi satu catatan dalam satu laman web konspirasi yang menyenaraikan sejarah uji kaji cuaca oleh pihak tentera bersama ratusan catatan yang dikatakan bukti bahawa Russia dan Amerika Syarikat (AS) berlumba-lumba membangunkan senjata cuaca untuk peperangan pada alaf baru ini.

Catatan itu dimulakan dengan uji kaji saintis Russia, Nikola Tesla, mengenai gempa bumi pada 1937 sehingga kepada Program Penyelidikan Aurora Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP) tentera AS yang sudah diketahui umum mampu mempengaruhi cuaca di kawasan sasarannya.

Kesimpulannya, jika pengumuman Law itu ada kebenarannya, maka Russia pada masa itu tentu mempunyai teknologi untuk memanipulasi cuaca, sekurang-kurangnya bagi menghasilkan siklon. Pastinya, teknologi itu sudah dimajukan dan mungkin juga mampu mencetuskan kejadian alam sebesar gempa bumi dengan magnitud sembilan pada skala Richter.

Dalam erti kata lain, sesuatu kejadian alam kini iaitu daripada tiupan angin hingga bencana seperti gempa bumi besar itu boleh dihasilkan dengan sains dan teknologi. Begitu juga apa yang kini dikenali sebagai tsunami Asia yang dianggap sebagai malapetaka terbesar dalam sejarah dunia moden.

footnote

1. Gambar lama fasiliti prototype janakuasa 'haarp' milik russia

2. Adakah anda rasakan mana mana sistem pemerintah dalam dunia , tidak tahu kewujudan 'harrp' serta kesannya kepada alam sekitar,
berita diatas bukanlah direka,ia adalah berita pada tahun 1997.

Malaysia pada tahun 90an, Agak lewat menerima hal berkaitan agenda konspirasi akhir zaman, Serta belum lagi mula terdedah kepada pengetahuan umum dalam negara masa itu.

kalau ada hanya segelintir,kerana pada tahun 90 adalah masa perubahan era analog kepada digital.Untuk mendapatkan maklumat luar negara agak terhad ketika itu.
akhir tahun 90an adalah masa lompatan memasuki ke alam modern segalanya berubah.
Begitu juga dunia informasi & maklumat.

" KAJI JANGAN KEJI "

#Jerebu1997Malaysia
#KonspirasiHaarp
#HighActiveAuroraResearchProgram
#SenjataDajjal
#KajiJanganKeji
#BadbossDuniaKonspirasi
#EsKatologiAlFitan

No comments:

Post a Comment

CONTOH PEMIMPIN AKHIR ZAMAN YANG DISEBUTKAN DIDALAM HADITH RASULLULAH SAW

Dari Tsauban ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, “ Sesungguhnya yang paling aku takuti dari umatku adalah para pemimpin yang sesat. Jika meletak...