Pada tahun ini bermulah episode umat islam seluruh dunia menyambut dan melakukan ibadah puasa dalam suasana dikawal akibatnya merebaknya wabak virus covid19 , Dan pertama kalinya dalam Malaysia serta negara yang ada umat islam seluruh dunia tidak dapat tunaikan solat sunat terawikh secara berjemaah, Cuma pada hari pertama terawikh dapat berita diMasjidil Haram Mekah, Raja Arab Saudi membenarkan Umat Islam Bersolat jemaah,.
tapi ini bukan topik artikel penulisan kali ini,Cuma berkongsi rasa dan suasana.
Electronik Magnetic Pulse@ Emp ( contoh gambar diatas)
Sebuah gelombang yang sangat ditakuti oleh negara dunia maju seperti Amerika Syarikat,British,dan sekutu mereka yang lain,
Dilihat dalam filem dan permainan video, denyut EMP atau elektromagnetik ini sering dipercayai sebagai senjata rekaan oleh orang awam hannya segelintir mereka yang mengkaji nya akan sedari,
Walaupun majoriti Amerika Syarikat dan masyarakat dunia tidak menyedari apa itu EMP, ancaman ini sebenarnya sangat nyata.
Oleh kerana ancaman ini telah disedari oleh pemerintah negara besar A.S,
kesan EMP telah mula dikaji. Laboratorium Nasional Sandia di New Mexico telah membuat Simulator Lingkungan ElektroMagnetik untuk menguji kesan EMP pada elektronik biasa.Iaitu peralatan elektronik dan yang ada menggunakan sistem elektronik.
EMP sebenarnya sangat berbahaya bagi pertahanan negara besar sehingga Pihak Angkatan Udara Amerika Syarikat telah mewujudkan Pasukan Petugas Pertahanan Elektromagnetik (EDTF).
Kesan EMP akan memudaratkan infrastruktur kritikal Amerika Syarikat.
Dalam usaha melindungi Amerika Syarikat, EDTF telah menghasilkan laporan tahun 2018 yang menggariskan kesan EMP sekiranya serangan terjadi.
Jika berlaku serangan ini sudah pasti sistem pertahanan sesebuah negara berkuasa besar akan lumpuh kerana pada abad kini , Seluruh dunia telah menggunakan dan bergantung kepada jenis sistem digital dan elektronik sepenuhnya , termasuklah kepada masyarakat dunia yang bergantung setiap masa kepada elektronik seperti handphone/tv/kenderaan/internet dan pelbagai lagi.
No comments:
Post a Comment