Jumlah Pelawat Blog Sekarang

Sunday, April 12, 2020

Al Malhamah Al Kubro - Rahsia Disebalik Rahsia



 " Tentera Panji Hitam/ Black Flaggs Army".
Apakah kita adalah sebahagian Pasukan Elite Ini.
Wallahuallam Bisawab
,-sumber gambar dari google-




DadyJoe@Badboss :

Islam dan Kristian merupakan dua agama samawi yang terbesar di dunia pada hari ini. Hubungan antara kedua-dua agama ini sentiasa mengalami pasang surut di sepanjang lipatan sejarah dunia. Banyak peperangan besar yang pernah terjadi antara kedua-dua pihak. Namun, bagaimanakah kesudahan hubungan antara kedua-dua belah pihak ini pada akhirnya nanti? Artikel ini akan membahaskan hubungan antara Islam dan Kristian di akhir zaman kelak berpandukan kepada hadis-hadis baginda Nabi SAW, khususnya yang berkaitan dengan peristiwa al- Malhamah al-Kubra

                                       MUKADIMAH

Berdasarkan nas al-Quran dan hadis, istilah Rom (al-Rum) telah digunakan untuk menggambarkan kuasa besar bagi orang-orang Kristian. Rom merupakan kuasa besar agama Kristian sama ada sebelum kedatangan Islam mahupun sesudah kedatangan Islam. Ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Rom merupakan kuasa besar Kristian sebelum dan semasa kedatangan Islam ialah firman Allah Taala,
Terjemahan:

 “Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira”. (Surah al-Rum: 1-4)

Semasa kedatangan Islam,

Semenanjung Arab hampir dikelilingi oleh penganut agama Kristian, iaitu orang Rom dan Syam dalam Empayar Byzantine (Empayar Rom Timur) di sebelah utara, orang Habsyah (Ethopia) di sebelah selatan dan orang Qibti Mesir di sebelah barat. Namun setelah kemunculan Islam, agama Islam mula menjadi pesaing utama kepada agama Kristian. Islam menjadi kuasa besar baru yang dianggap sebagai ancaman utama kepada pengaruh agama Kristian. Ini dibuktikan apabila pihak Rom di bawah pimpinan Heraclius (Hiraql) dengan kekuatan tentera seramai 40,000 orang merancang untuk menyerang kaum muslimin dalam Perang Tabuk pada tahun 9H (631M).

Lalu Baginda Nabi SAW telah mempersiapkan sebuah bala tentera besar yang terdiri dari lebih 30,000 orang untuk menghadapi kemaraan tentera Rom. Bagaimanapun, pihak Rom menarik diri dan membatalkan rancangan tersebut apabila melihat kemaraan dan semangat jihad tentera Islam yang tinggi.

1 Pertembungan Islam-Kristian dalam sepanjang sejarah dunia mengalami hubungan pasang surut yang berterusan. Perebutan kota suci Baitul Maqdis menjadi antara faktor utama kepada beberapa pertembungan yang berlaku. Semasa zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA, tentera Islam berjaya menakluk Baitul Maqdis yang berada di bawah kekuasaan Empayar Byzantine. Pihak Kristian telah memohon perjanjian damai kepada tentera Islam dengan syarat Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA sendiri perlu datang kepada mereka. Peristiwa ini berlaku pada tahun 16H (638M).

2 Antara pertembungan Islam-Kristian yang paling mencabar dan begitu getir ialah siri-siri Perang Salib yang berlaku selama hampir dua abad, iaitu antara tahun 1095M hingga tahun 1291M (488H – 690H). Pada tahun 1099M, Tentera Salib telah berjaya merampas Baitul Maqdis dari tangan umat Islam dan terus menguasainya untuk tempoh selama 88 tahun kemudian. Pertempuran Hattin pada tahun 1187M (583H), merupakan peperangan penting yang harum dalam lipatan sejarah Islam apabila Salahuddin al- Ayyubi berjaya mengalahkan Tentera Salib dan menawan semula Baitul Maqdis.

3 Satu lagi pertembungan Islam-Kristian yang kekal abadi dalam lipatan sejarah Islam ialah pembukaan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam tahun 1453M (857H) yang sekaligus menguburkan Empayar Byzantine untuk selama-lamanya.

4 Kota Konstantinopel ini kemudian ditukar namanya kepada Istanbul. Meskipun umat Islam bergembira dengan pembukaan kota ini, namun kegembiraan tersebut tidak berpanjangan apabila pada tahun 1492M kegemilangan Kerajaan Islam Andalus yang sudah bertapak hampir 800 tahun di sana berjaya dihapuskan sepenuhnya oleh pihak Kristian.
Persaingan Islam-Kristian sama ada dari sudut akidah, politik, ekonomi dan dakwah berterusan sehinggalah ke hari ini. Berdasarkan statistik tahun 2012, Islam dan Kristian kini merupakan dua buah agama yang terbesar di dunia pada hari ini, di mana agama Kristian menduduki tempat pertama dengan penganutnya berjumlah kira- kira 2.2 billion (32% penduduk dunia), manakala agama Islam menduduki tempat kedua dengan penganutnya berjumlah kira-kira 1.6 billion (23% penduduk dunia).

5 Statistik ini seolah-olah merupakan gambaran awal bagi satu pertembungan yang tidak dapat dielakkan pada suatu masa nanti menurut ajaran Islam. Sebagai kemuncaknya, akan terjadi pertempuran yang maha dahsyat di akhir zaman kelak antara orang Islam dan orang Kristian yang disebut sebagai al-Malhamah al-Kubra

Definisi al-Malhamah al-Kubra

 al-Malhamah (الملحمة (daripada kalimah asal lahm (لحم (yang bermaksud daging. Pluralnya ialah al-malahim (المالحم .(Ia merujuk kepada peperangan yang mengakibatkan banyak kematian. Jika kalimah al-malhamah digandingkan dengan kalimah al-kubra ia membawa maksud peperangan besar yang mengakibatkan begitu banyak kematian

6 al-Malhamah al-Kubra hanya akan terjadi di akhir zaman dan merupakan salah satu dari tanda-tanda besar hari kiamat. Peristiwa ini banyak disebut dalam hadis-hadis Nabi SAW dan diriwayatkan oleh ramai ulama hadis. Ia juga boleh disebut sebagai ‘perang dunia terbesar’. Ada juga pendapat yang memberi istilah perang ini sebagai ‘Armageddon’.
Namun,
istilah daripada rujukan Kristian ini sudah tentu berbeza dari segi perincian dan pemahamannya di sisi mereka, walaupun ia sama merujuk kepada sebuah perang besar di akhir zaman. Bagi mereka kemenangan tentunya berpihak kepada mereka. Armageddon diambil daripada perkataan Ibrani yang bermaksud Bukit Megiddo (kini dipanggil: Tall al-Majidiyyah) di Palestin berdekatan Baitul Maqdis, iaitu tempat berlakunya peperangan tersebut. Ini berbeza dengan al-Malhamah al-Kubra yang akan berlaku di A'maq atau Dabiq, dua buah tempat berdekatan Halab, Syria dan juga Antakia, Turki sebagaimana perkhabaran Baginda Nabi SAW.

7 HUBUNGAN ISLAM-KRISTIAN DI AKHIR ZAMAN

Berdasarkan hadis-hadis akhir zaman, khususnya hadis-hadis al-Malhamah al-Kubra, gambaran pertembungan Islam-Kristian akan sampai ke kemuncaknya dengan terjadinya al-Malhamah al-Kubra. Bagaimanapun, dalam hadis-hadis tersebut Baginda Nabi SAW tidaklah menggunakan perkataan Nasara (orang-orang Kristian) atau Nasraniyyah (agama Kristian), tetapi hanya menggunakan sebutan al-Rum (Rom) sahaja dan pernah juga menggunakan gelaran Bani al-Asfar (anak cucu keturunan al-Asfar). Ini kerana mereka adalah daripada keturunan al-Asfar bin al-Rum bin ‘Aisu bin Ishaq bin Ibrahim AS, sebagaimana menurut sebahagian ulama seperti al-Harbi dan lain-lain.

8 Berdasarkan realiti semasa, mungkin dapat difaham bahawa istilah Rom dalam sabdaan-sabdaan Nabi SAW itu barangkali hanya sebagai simbol kepada kekuatan golongan Kristian atau Nasrani. Bukan semestinya ia bermakna bahawa pada masa berkenaan bangsa Rom masih menggelarkan diri mereka sebagai ‘orang Rom’. Lebih- lebih lagi kebanyakan mereka sebagaimana yang kita lihat sekarang tidak lagi memakai gelaran ‘orang Rom’ (Roman) atau menisbahkan diri mereka kepada Rom. Namun, baginda SAW menggunakan nama Rom kerana istilah itu dapat difahami secara mudah oleh para sahabatnya ketika itu yang merujuk kepada bangsa Rom yang menjadi kuasa besar Kristian pada masa itu dalam Empayar Byzantine. Ia sudah tentu bukan merujuk kepada wilayah tertentu dari sudut geografi kerana Empayar Byzantine Rom telah pun berkubur selepas penaklukan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam tahun 1453M (857H).

Jika kita perhatikan pada masa kini pula, kuasa besar Kristian ditandai dengan negara Amerika, negara Britain dan negara-negara Eropah sebagai peneraju utama yang mana ramai penduduk negara-negara berkenaan adalah daripada keturunan bangsa Rom. Maka, tidak jauh jika kita katakan bahawa negara Amerika, Britain dan sekutu-sekutu mereka itu yang disebut sebagai Rom dalam hadis-hadis Baginda Nabi SAW yang merujuk kepada satu kuasa besar dari sudut politik dan ketenteraan bagi golongan Kristian.

Nabi SAW tidak menggunakan istilah Nasraniyyah (agama Kristian) atau Nasara (orang-orang Kristian) secara langsung kerana barangkali baginda sudah tahu ramai keturunan bangsa Rom nanti tidak akan lagi benar-benar mempraktikkan agama mereka, meskipun tetap menjadi pendokong kuat terhadapnya sebagaimana yang kita sedia saksikan pada masa sekarang.
Dan juga kerana agama Kristian itu nanti akan dianuti oleh pelbagai bangsa di dunia dan tidak hanya terbatas kepada bangsa Rom sahaja. Justeru, amat sesuai jika baginda menggunakan istilah al-Rum (Rom) atau Bani al-Asfar sahaja. Berikut merupakan analisa penulis terhadap hadis-hadis berkaitan al-Malhamah al-Kubra yang menggambarkan bagaimana hubungan dan pertembungan Islam-Kristian di akhir zaman kelak.


1- Peristiwa-peristiwa Menjelang al-Malhamah

(a) Fitnah Berleluasa:

Terjemahan:
" Diriwayatkan dari al-Hasan r.a secara mursal katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan berlaku ketika hampirnya al-malhamah fitnah-fitnah di mana pada masa itu hati seorang lelaki akan mati sepertimana badannya akan mati".
(HR. Abu ‘Amr al-Dani dalam al- Sunan al-Waridah fi al-Fitan)

 (b) Penubuhan Pasukan-Pasukan Tentera Islam:

Terjemahan:
Dari Ibnu Hawalah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Keadaan agama ini akan sampai kepada suatu masa kamu sekalian menjadi tentera yang berpasuk-pasukan, satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman dan satu pasukan di Iraq." Ibnu Hawalah berkata; Pilihkan untukku (tempat terbaik) wahai Rasulullah, jika aku menemui keadaan tersebut. Lalu baginda bersabda: "Hendaklah engkau menetap di Syam kerana sesungguhnya ia adalah bumi Allah yang terpilih, Allah akan menghimpunkan kepadanya orang-orang yang terpilih dari kalangan hamba-hamba-Nya. Adapun jika kamu sekalian enggan, maka hendaklah kamu menetap di Yaman dan minumlah dari kolam-kolam air kamu. Sesungguhnya Allah telah menjamin untukku (menjaga) daerah Syam dan penduduknya". (HR Abu Daud, Ahmad dan al-Tabarani)


(c) Penaklukan Baitul Maqdis:

Terjemahan: Dari Ibnu Zughb al-Iyadi ia berkata;

 ‘Abdullah bin Hawalah al-Azdi pernah singgah di tempatku, lalu ia berkata kepadaku; Rasulullah SAW pernah mengutus kami untuk mendapatkan harta rampasan perang dengan berjalan kaki. Bagaimanapun, kami hanya pulang dan tidak mendapatkan sesuatu apa pun. Baginda menyedari kesan susah payah pada wajah kami. Lalu baginda berdiri dan berdoa:
“Ya Allah, janganlah Engkau serahkan mereka kepadaku hinggakan aku lemah untuk menanggung mereka, dan janganlah Engkau serahkan mereka kepada diri mereka sendiri hinggakan mereka nanti tidak mampu menanggung diri mereka, dan janganlah Engkau serahkan mereka kepada manusia hinggakan mereka nanti mementingkan diri mereka ke atas mereka itu."

Kemudian baginda meletakkan tangannya di atas kepalaku - atau di atas ubun-ubunku -.
Kemudian bersabda:

"Wahai anak Hawalah, apabila engkau melihat khilafah telah turun di bumi yang disucikan, maka sungguh telah dekatlah bencana gempa bumi, malapetaka serta perkara-perkara besar. Pada saat itu, Hari Kiamat lebih dekat kepada manusia daripada tanganku ini dari kepalamu."

(HR Abu Dawud 2173, Ahmad dan al-Hakim) Menurut al-Khattabi (w. 388H),


Nabi SAW memperingatkan tentang tempoh pemerintahan Bani Umayyah yang memindahkan pusat khilafah Islam dari Madinah ke Dimasyq di Syam dan fitnah-fitnah yang berlaku di zaman mereka.

9 Bagaimanapun, penulis berpendapat pemerintahan Bani Umayyah bukan yang dimaksudkan oleh hadis berkenaan kerana hadis tersebut menyatakan khilafah akan turun di bumi yang disucikan itu ketika hari Kiamat sudah begitu hampir. Malah pusat khilafah Islam sudah pun berpindah beberapa kali ke tempat-tempat lain sehingga yang terakhir sekali ke Istanbul, Turki.

Penulis berpendapat, maksud khilafah akan turun di bumi yang disucikan itu ialah akan muncul semula di Baitul Maqdis, Palestin.
Ini sebagaimana hadis tentang Imam al- Mahdi yang menyatakan beliau akan berkumpul dan bersolat bersama kaum muslimin di Baitul Maqdis

10 Terjemahan: Dari 'Auf bin Malik RA berkata:

"Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit.

Lalu baginda bersabda:

"Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari Kiamat;
iaitu kematianku, kemudian pembebasan Baitul Maqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitul Maqdis),
kemudian kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba,
kemudian melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun ia masih marah (merasa kurang), kemudian timbulnya fitnah sehingga tidak ada satupun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya,
kemudian perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom),
lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri dari dua belas ribu (12,000) tentera."

(HR al-Bukhari 2940, Ibn Majah, Ahmad, Ibn Abi Syaybah, al-Tabarani, al-Hakim dan lain-lain).


Berdasarkan fakta sejarah,

Tentera Islam berjaya menakluk Baitul Maqdis pada tahun 638M (16H) semasa zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA.

11 Namun pada tahun 1099M, tentera Salib berjaya merampas Baitul Maqdis dari tangan umat Islam sehinggalah muncul Salahuddin al-Ayyubi yang berjaya menewaskan mereka dan menawan semula Baitul Maqdis pada tahun 1187M (583H).

12 Berdasarkan realiti semasa pula, Baitul Maqdis kini tidak lagi dikuasai umat Islam dan berada di bawah kekuasaan tentera Israel. Mereka mengawalnya secara ketat dan umat Islam tidak mempunyai kebebasan mutlak terhadapnya. Maka, hadis di atas dan hadis sebelumnya membuktikan pembebasan atau pemakmuran Baitul Maqdis itu akan berlaku apabila menjelang hampirnya hari Kiamat.


Terjemahan:

Dari Muaz ibn Jabal r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib, kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-malhamah, permulaan al-malhamah merupakan tanda pembebasan Kostantinopel, pembebasan Kostantinopel merupakan tanda kemunculan Dajjal". (HR. Abu Dawud dan lain-lain). Yathrib ialah al-Madinah al-Munawwarah.


2- Ghutah Kubu Kuat Islam:

Terjemahan:  Dari Abu Darda’ ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya pangkalan (kubu) kaum muslimin saat terjadinya peperangan besar berada di Ghutah, suatu tempat berdekatan sebuah kota yang dipanggil dengan nama Dimasyq, antara kota terbaik di daerah Syam". Dalam riwayat lain: “…sebaik-baik tempat tinggal kaum muslimin pada masa itu”

 (HR Abu Daud, Ahmad, at-Tabarani dan al-Hakim)


Terjemahan: Dari Jubair bin Nufair ia berkata,

"Telah menceritakan kepada kami seorang lelaki daripada sahabat Nabi Muhammad SAW, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Syam akan dibukakan untuk kalian, maka jika kalian diberi kebebasan untuk memilih tempat tinggal di dalamnya, maka pilihlah sebuah kota yang bernama Dimasyq. Sesungguhnya ia adalah benteng kaum muslimin dari peperangan-peperangan yang dahsyat, dan pangkalannya terletak di suatu tempat bernama al-Ghutah."

(Musnad Ahmad 16825)

Terjemahan: Dari Abu Hurairah katanya,

"Rasulullah SAW bersabda: "Jika terjadi peperangan- peperangan yang besar, maka Allah akan mengutus satu kumpulan daripada para al- mawali (golongan yang berjanji taat setia, dari Dimasyq), mereka adalah orang Arab yang paling mulia kudanya dan yang paling bagus senjatanya. Dengan merekalah Allah menguatkan agama ini".

(HR Ibnu Majah 4080, Nu‘aym bin Hammad dan al-Hakim)


3- Perjanjian Damai Antara Islam dan Kristian

Terjemahan: Dari Jubair bin Nufair katanya:
Kami pernah pergi untuk menemui Dhi Mikhbar - seorang sahabat Nabi SAW - hinggalah kami menemuinya. Lalu Jubair pun bertanya tentang perjanjian. Maka katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:

“Kalian akan mengadakan satu perjanjian perdamaian dengan bangsa Rom. Lalu kalian akan berkerjasama dengan mereka melawan suatu musuh yang datang dari belakang kalian. Maka kalian akan diberi kemenangan dan selamat, kemudian kalian akan pulang sehinggalah berhenti pada suatu padang rumput yang luas dan berbukit-bukit.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki daripada kaum Nasrani (Kristian) mengangkat salibnya seraya berkata;

“Salib telah menang!”. Maka berasa marahlah seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin, lalu ia pun menumbuknya. Disebabkan itu, bangsa Rom pun berkhianat dan berhimpun untuk peperangan”.

 Dalam riwayat lain:

“Maka seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin pun menuju kepadanya, lalu membunuhnya. Disebabkan itu, bangsa Rom pun berkhianat sehingga terjadilah peperangan-peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kalian dan datang di bawah 80 panji-panji dan bersama-sama setiap satu panji terdapat 10,000 tentera”.

(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).



* Hubungan Islam-Kristian Diakhir Zaman Ini  Akan Bersambung pada siri berikutnya









No comments:

Post a Comment

CONTOH PEMIMPIN AKHIR ZAMAN YANG DISEBUTKAN DIDALAM HADITH RASULLULAH SAW

Dari Tsauban ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, “ Sesungguhnya yang paling aku takuti dari umatku adalah para pemimpin yang sesat. Jika meletak...