Jumlah Pelawat Blog Sekarang

Sunday, March 29, 2020

Hak Allah Swt

HAK ALLAH SWT


Semasa semua umat manusia dalam dunia
kini sangat sibuk setiap saat berbicara berbincang akan hal wabak covid19 serta hal duniawi saban saat
dimana sahaja sama ada realiti ataupun dunia  medsos (media sosial)
berbicara berbincang akan hak manusia ,
Namun adakah kita lupa bahawa Allah swt juga ada haknya.

Rasullulah saw bertanya  " wahai mu'az adakah kamu tahu hak Allah ke atas seorang hambanya? Dan apapula hak hambanya ke atas Allah" ?

Lalu Mu'az menjawab : "Allah serta Rasulnya lebih mengetahui "

Rasullulah saw bersabda jelasnya:

"Sesunguhnya hak Allah ke atas hamba adalah untuk hamba menyembah  Nya
dan jangan mensyirikkan Nya dengan sesuatu pun.Manakala hakseorang hamba keatas Allah  pula, Apabila dia  melakkukan demikian (menyembah allah)
dan tidak menyekutukan Nya)
Maka Allah swt tidak akan mengazabnya ".
(Riwayat Ibnu Majah)

Selain itu Allah juga mempunyai Hak berikut keatas hambaNya seperti:

1, Saling menasihati kerana Allah Swt
2,Bersabar atas apajua Qadak&Qadar dari Allah swt
3,Segeralah bertaubat kepada Allah swt

Anehnya Hak Allah ini  adalah untuk kebaikan hamba Nya jua
Sebenarnya Allah lanhsung tidak terkesan sama ada kita menyembah atau berlaku syirik kepada Nya,
langsung tidak memberi kkesan tiada bermanfaat atau menjadi mudarat kepada Allah swt, Kerana Allah swt adalah Maha Berkuasa Maha Besar Maha Suci Maha Agung , Dan perbuatan manusia iaitu hamba hamba Nya ini tidak memberi bekas.


Dikesempatan ini ana mohon kepada tuan puan berdoalah memohon keselamatan dan perlindungan kepada Allah swt dari musibah covid19 yang sedang berlaku dalam dunia termasuk kesannya dalam negara Malaysia ini,
Hanyalah perlindungan dari Allah swt saja kita memohon sepenuhnya agar terlindung dari wabak ini inshaallah,
setelah usaha usaha kecil kita lakukan untuk mengelakkan terkesan dari wabah ini,
Bergabunglah kita bersama berdoa di ketika ini yang paling afdhol adalah kita memohon kasih sayang perlindungan Allah swt kepada diri keluarga serta umat muslimin muslimat seluruh dunia, Selemahnya senjata seseorang umat islam adalah berdoa kepada Allah swt , Namun janganlah berdoa sahaja tanpa melakukan perkara yang wajib,


Agak banyak pendapat yang telah dikeluarkan berkaitan covid19 ini dari pelbagai pihak yang menuliskan pendapat masing masing mereka , Namun ana minta para pembaca supaya menilai dan analisis sesuatu bahan itu secara bijak , kerana waktu ini ana melihat sangat banyak penulisan yang bercampur campur hak&batil serta terlibat fitnah dari sesetengah manusia yang punya kepentingan mereka sendiri.
sekian terima kasih kerana membaca..

Walahhualam bisawab.









No comments:

Post a Comment

CONTOH PEMIMPIN AKHIR ZAMAN YANG DISEBUTKAN DIDALAM HADITH RASULLULAH SAW

Dari Tsauban ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, “ Sesungguhnya yang paling aku takuti dari umatku adalah para pemimpin yang sesat. Jika meletak...