Jumlah Pelawat Blog Sekarang

Monday, March 30, 2020



[12:12 am, 31/03/2020]

WAD COVID-19 YANG TENANG LAGI DAMAI

Hari ini kena ambil sample pesakit lagi. Kerja biasa bila ditempatkan di Hospital Tumpat yang berstatus hospital untuk pesakit Covid19 di Kelantan.

Aku melilau ke katil pesakit. Kesemuanya ad Al Quran di sisi. Allahu..terjentik hati ini.

Tengah ambil sample, azan zuhur berkumandang melalui corong 'speaker'. Selesai azan, seorang pesakit (lewat 50an) menghampar kain putih di satu sudut di dalam wad. Lalu dia iqamat. Kesemua pesakit di dalam wad, kecuali seorang OKU terus menuju ke tempat itu. Sama-sama menunaikan solat jemaah. Semua. Dari pelbagai peringkat umur. Kosong katil mereka. Allahuu..

Usai solat, sesi tazkirah ringkas oleh imam. Sayup-sayup aku mencuri dengar, sambil menyiapkan step terakhir penyimpanan sample.

Sayu. Dan tenang sekali jiwa. Pertama kali dalam hidup, aku berasa tenang sekali masuk ke dalam wad. Setiap wad kini menjadi taman-taman syurga untuk setiap waktu solat. Aku yakin di wad lain juga perkara ini terjadi. Sungguh tenang masuk ke dalamnya.
[12:12 am, 31/03/2020] +60 13-588 4139: Ya Allah. Ada hikmahnya Engkau menurunkan virus ini kepada golongan tabligh yang jelas fokus mereka adalah dakwah. Lihat sahaja sikap mereka ini, mampu membuka hati sesiapa yang melihatnya, dengan izinMu. Sedang pada kebiasaan hari-hari lain dahulunya, aku amat jarang sekali bertanya berkenaan solat pada pesakit. Sekarang, mereka yang dahulu menunaikan sebelum aku bertanya.

Wahai Tuhan yang menghantarkan virus ini. Engkau hantarkanlah juga ubat yang mampu menyembuhkan. Di dalam badan2 manusia soleh ini ada virus yang sedang mengancam diri mereka. Lindungi mereka, dan sembuhkan mereka. Hanya kepadaMu kami memohon Perlindungan.

Catatan 25/3/2020 @ 2035H

Coretan dari Petugas Kesihatan Wad Covid-19
Credit to Sis Sukma Haidar . Semoga Allah swt merahmati kalian semua

* Allhamdulilah syukur ya Allah,Yang menunjukkan hal ini asbabnya melalui jururawat/staff nurse yang berkongsikan hal ini,
artikel ini ana ambil dari dalam grop whatsapp enaf, Dan bagi ana ini antara perkara yang terbaik berlaku,
Seperti dalam tafsiran hadis akhir zaman yang mencatatkan
Dalam keburukkan ada kebaikkan,dalam kebaikkan ada kuburukkan silih berganti subhanallah ya allah..

No comments:

Post a Comment

CONTOH PEMIMPIN AKHIR ZAMAN YANG DISEBUTKAN DIDALAM HADITH RASULLULAH SAW

Dari Tsauban ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, “ Sesungguhnya yang paling aku takuti dari umatku adalah para pemimpin yang sesat. Jika meletak...