Jumlah Pelawat Blog Sekarang

Monday, March 2, 2020

Ritual korban Red Heifer Dibakar Untuk Abu Sucinya

Ritual korban lembu merah di tapak 3rd temple,Israel
2019 , Yahudi Israel Korbankan Lembu "Red Heifer" Hanya Untuk Ujikaji Dikawasan 3rd Temple Suci Mereka ?

Pasti anda pernah membaca atau melihat video atau gambar
Red Heifer atau Lembu merah Pada 2018, Hal lembu merah ini pernah mengemparkan dunia, Terutama kepada pengkaji islamic eskatologi alfitan,umat Islam yang mengkaji atau ikuti agenda konspirasi terutama di Malaysia,
Apabila cerita lembu merah atau 'Red Heifer' ini tersebar pada tahun 2018,Dan menjadi viral kerana tajuk tajuk berkaitan akan berlaku kiamat.

Penantian lembu merah ini amat dinantikan oleh para pendeta rabbai israel serta rakyat yahudi israel sendiri,
Kerana seekor lembu betina merah yang cukup syaratnya telah pun lahir dan besar, Penantian yang lebih 1000 tahun berhasil !!

Lembu merah ini tepat mengikuti speksifikasi syarat yang perlu dab dinyatakan dalam kitab torah yahudi israel ,Sebagai lembu yang terpilih , bagi memenuhi syarat dari kitab torah,

Misi pencarian makluma terbaru lembu merah ini telah menjumpai tajuk seperti dibawah ini.

👇👇👇👇

"Exclusive: Burning of Heifer Takes Place in Preparation for Third Temple"

Ritual korban pembakaran lembu merah, Persediaan kepada tapak pembinaan 'Third Temple"

Cuma tajuk ini adalah pilihan 'option' , Setelah fone ana takdapat tembus firewall web milik israel
untuk download photo&video berkaitan upacara pembakaran lembu merah red heifer.

Perintah Enigmatic Dari Kitab Torah Bible Israel .

Bab 19 Kitab Torah,
memberikan gambaran mendalam tentang mitzvah (perintah Torah) Ritual pembakaran lembu betina merah dan ritual pencampuran abu dari bangkai lembu yabg dibakar berikutnya dengan air bercampur abu dari lembu yang dibakar dari upacara ritual mitzvah , hanya tujuan percikan air bercampur abu pada orang Yahudi sebagai cara penyucian ritual suci mereka ,
Inilah maksud ritual suci seperti tercatat pada kitab torah yahudi.

 Penerangan Alkitab torah,
Mitzvah hal lembu merah itu dianggap paling misterius dari semua perintah Alkitab torah,
 Lembu betina merah sangat penting sebagai pembahruan janji setia mereka,

 *jika didalam agama islam maksud perjanjian seperti memperbahrui janji setia 'Baiat'
<*contoh mudah untuk difahami bagaimana maksud perjanjian mereka kaum yahudi israel ini>

Dan menurut israiliyat isi kitab torah seperti yang tertulis pada kitab ini dinyatakan :

Kembalinya mitzvah lembu merah itu diterangkan oleh Nabi Yehezkiel sebagai tahap penebusan akhir zaman bagi kepercayaan kaum yahudi israel ini.

" Aku akan memercikkan air suci bersih kepadamu, dan kamu akan menjadi bersih. Aku akan membersihkan kamu dari segala najismu dan dari semua nafsu nafsu kamu"

 (Yehezkiel 36:25)


Lembu betina merah bukan diangap pengorbanan ritual
sehingga lembu ini dibakar pada suatu kawasan di luar tapak Suci, di Bukit Zaitun. ( Olive sinnai)
setelah dikorbankan pada upacara ini,barulah "Red Heifer" ini telah suci.

Menurut sejarah turun temurun tradisi kaum Yahudi,
Telah terdapat sembilan ekor lembu heifer, Jumlah rasmi yang dilahirkan merah,
sejak perintah torah mitzvah itu diturunkan dan diberikan di Gunung Sinai
dan lembu betina merah yang kesepuluh akan digunakan dalam era Mesias(dajjal).

Maksud nya,pada hari yahudi israel menerima perintah arahan dalam kitab torah ini,telah ada 9 ekor lembu merah dilahirkan yang sangat sukar, kerana lembu lembu ini haruslah menepati pemilihan sebagai calon ritual suci mereka.

Lembu betina merah terakhir disediakan oleh Pendeta besar
Ishmael Ben Piavi sekitar 60 CE dan,abunya cukup untuk tiga ratus tahun akan datang.

Profesor Amar,Gambar gambar berkaitan didalam artikel adalah milik beliau

Bible Israel Yahudi Dan Sains Modern.

Profesor Zohar Amar,
seorang Profesor di Jabatan Pengajian Negara Israel di Universiti Bar-Ilan,

Melaporkan di sebuah Persidangan  mengenai kajiannya dalam butir-butir praktikal untuk memulihkan mitzvah (perintah Torah/Comandmand)
lembu betina merah.

Profesor Amar telah terlibat dalam pelbagai bidang penyelidikan yang menghubungkan Taurat dan sains. Pendekatan beliau adalah untuk memanfaatkan teknik penyelidikan kontemporari untuk  Pengajian Rakyat Yahudi.

"Pembakaran lembu betina merah adalah perintah alkitabiah yang dilakukan hingga akhir zaman Temple Kedua,"

kata Profesor Amar pada persidangan itu.

"Ini adalah satu upacara jarang yang berlaku sekali dalam beberapa generasi, dan abu berikut digunakan untuk mempersiapkan penyediaan air suci penyucian ritual .

Melalui sumber-sumber sejarah israiliyat menunjukkan bahawa amalan suci ritual  menggunakan abu lembu merah berterusan sehingga permulaan abad ke 4 CE. "

tapak pembakaran' red heifer' di 3rd Temple,pada 2019, gambar dikongsi prof.Amar

Ilustrasi ketika upacara yang pertama kali upacara mitzvah pembakaran lembu merah.,gambar dimuat naik oleh prof.Amar


"Perincian pembakaran lembu betina merah,dan kaedah penyediaan abu muncul secara meluas dalam sumber-sumber dari zaman Mishnaik;

Sebelum ini subjek itu hanya dikaji secara teoritis / teori , "
kata Prof Amar,
menjelaskan bahawa beliau menjalankan penyelidikannya dengan kerjasama Institut Bait.

"Satu eksperimen simulasi pembakaran lembu merah dilakukan untuk mengkaji beberapa soalan penyelidikan, seperti:

1.Berapa banyak kayu diperlukan untuk membakar heifer merah sepenuhnya hangus menjadi abu dan berapa banyak abu yang sebenarnya tinggal selepas pembakaran ?.

2.Bagaimanakah abu dari satu lembu yang dikorbankan bertahan ,
seperti yang ditunjukkan dalam sumbernya, boleh membekalkan kegunaan tujuan ritual selama bertahun-tahun? "

India Dan Nepal Turut Melakukan Ritual Yahudi Israel..!

Salah satu contoh model yang digunakan untuk melakaukan program eksperimen ritus pembakaran yang dilakukan hingga ke hari ini ialah di India dan Nepal, "

kata Prof. Amar

 "Reka bentuk keseluruhan eksperimen ini mengambil masa berbulan-bulan,
dan pelaksanaan itu sendiri dijalankan jauh dari mata orang ramai dan media.

Hanya selepas menganalisis keputusan, ia mungkin akan menerbitkannya pada media massa.

Dalam tempoh melakukan percubaan,
perlu diambil kira semua spesifikasi yang disebutkan berkaitan sumber, telah dibina semula, bermula dengan penggalian 'winepress; lubang segi empat tepat, di mana pyre dibina daripada kayu kering pain, oak, dan pokok ara. "

"Untuk tujuan uji kaji, seekor lembu betina yang matang dipilih daripada baka Baladi yang diternak sewaktu zaman Israel purba,"

kata Prof. Amar, Kami menekankan bahawa jenis yang digunakan dalam eksperimen itu tidak merah.

"Proses pembakaran berlangsung selama sembilan jam,
dan abu lembu betina bersama-sama dengan kayu yang digunakan untuk membakarnya menghasilkan beberapa puluh kilogram abu selepas ujikaji pembakaran lembu selesai.

Ia mengatakan bahawa jumlah abu yang diperlukan untuk menyediakan air abu ritual adalah satu minit yang ditaburkan di atas air.
Berdasarkan jumlah abu yang diperoleh,Pihak penyelidik mencadangkan model teori untuk mengira berapa banyak contoh percikan air jumlah ini sebenarnya boleh menghasilkan.

Ini adalah kajian terpenting bagi kaum yahudi israel dan sejarah mereka,
Kerana sejak beradab yang lalu tidak ada satu badan penyiasatan dari negara israel melakukan ujian secara praktikal, Yang ada hanyalah teori disampaikan oleh para pendeta dan rabbai yahudi israel yang disampaikan melalui ayat kitab torah sahaja,

Kaum yahudi israel yang mempercayai bahawa ritual sebenar bagi upacara suci pembakaran 'Red Heifer' adalah dilakukan oleh ' Messiah' bagi kepercayaan mereka yang telah beradab ribuan tahun lamanya.
Dan sememangnya bagi mereka 'messiah' yang akan turun/keluar menyelamatkan mereka diakhir zaman.

Bagi Umat islam yang berpegang kepada ajaran Assunah Wal Jamaah, Berserta keyakinan kepada kitabul suci Alquran,Hadis serta Sunnah Baginda Rasullulah Saw,.Messiah mereka ialah "Dajjal"
sosok yang akan muncul apabila dizinkan Allah Swt ,serta beberapa watak Utama kronologi menjelang kiamat qubro.

Eksperimen ini direka untuk memeriksa jumlah abu yang dikeluarkan, dan sama ada ia akan mencukupi untuk membersihkan setiap orang Israel yang hidup hari ini.

Kesimpulan Ringkas BadBoss :

Dari apa yang difahamkan berkaitan upacara ujikaji ini,
Dan melalui maklumat artikel dibeberapa 'website' milik yahudi israel,
mereka menyatakan bahawa upacara ini hanya sebagai persediaan dan ujikaji kepada proses sebenar ritual yang akan disempurnakan oleh ' the last king'
iaitu messiah ,

Jadi perlukah melakukan kajian yang mereka nyatakan,Serta pengunaan lembu red heifer yang sebenar dan sakit ?
Serta korbankan lembu didalam api,persediaan tapak,size,jenis kayu serta lokasi yang tepat , Tetapi hasil abu dari lembu merah yang mati dibakar selama 9 jam, juga diperlukan bagi upacara membuat 'Air Suci Abu Lembu Merah'

Kerana menurut kitab torah yahudi , Air abu itu diperlukan untuk tujuan membersihkan rohaniah umat israel serta untuk menguatkan kembali perjanjian setia mereka yang beradab lampau..

Ini adalah satu agenda konspirasi yang tersembunyi , Kerana mereka melakukan ritual sebenar tetapi dinyatakan atas nama ujikaji sains,kononya hanya teori sahaja yang diperturunkan melalui torah,
Jadi disebabkan perubahan zaman semasa kesemasa perlu dilakukan kajian untuk mendapatkan keputusan yang terbaik .

Tuan puan yang membaca nilaikan sendiri apa yang pihak yahudi israel canangkan kepada dunia,khas bagi mereka yang tahu dan ikuti perkembangan kajian agenda konspirasi  akhir zaman dan eskatologi alfitan.
Namun ini hanyalah pandangan ana yang daif ilmunya hanya dari sudut pemahaman analisa ana sahaja,
Tidak ada paksaan untuk anta semua bersetuju apa yang ana nyatakan.Melainkan anta sendiri ada menjalankan siri kajian kepada yg berkaitan.

Wallahuallam bisawab.

'Teks Oleh Badboss"

No comments:

Post a Comment

CONTOH PEMIMPIN AKHIR ZAMAN YANG DISEBUTKAN DIDALAM HADITH RASULLULAH SAW

Dari Tsauban ra bahwa Rasulullah ï·º bersabda, “ Sesungguhnya yang paling aku takuti dari umatku adalah para pemimpin yang sesat. Jika meletak...