Jumlah Pelawat Blog Sekarang

Monday, March 30, 2020

Sedekah Dakwah Jariah Pahala Berganda

Sedekah Jariyah dan Berdakwah




Sedekah jariyah adalah sedekah yang pahalanya terus mengalir meskipun ia sudah meninggal. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila cucu Adam meninggal, maka terputuslah seluruh amalnya kecuali tiga; sedekah jariyah, ilmu yang dimanfa’atkan atau anak shalih yang mendo’akan (orang tua)nya.” (HR. Muslim)



Berdakwah di Jalan Allah



عَنْ اَبِي هٌرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهُ ص م : مَنْ َدعَا اِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مَنْ اْلاَجْرِ مِثْلَ اَجُوْرِ مَنْ 
تَبِعَهُ لَايَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ اَجُوْرُهُمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعًا اِلىَ الْضَّلَالَةِ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ اْلِاثْمِ مِثْلُ اِثْمًا مِنْ تَبِعَهُ لَايَنْقَصُ ذَلِكَ اَثَامَهُمْ شَيْئًا. (رواه ابو داود وابو واحمد والنسائ والترمذ)

ARTINYA

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasalullah SAW bersabda : “Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan maka dia akan memperoleh pahala atas perbuatan baiknya itu serta pahala orang yang mengikuti dan melaksanakan kebaikan dengan tanpa dikurangi sedikitpun. Sebaliknya barang siapa yang mengajak kesesatan, kemungkaran, maka dia akan mendapat dosa atas perbuatannya (ditambah) dosa sebanyak dosa yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikitpun”. (HR. Abu Daud, Abu Majah, Nasai, dan Tirmidzi).





PENJELASAN

Hadist diatas menjelaskan kepada kita tentang perintah untuk berdakwah, yakni mengajak orang lain dalam kebenaran, kebaikan atau menuju jalan hidayah Allah ; dan bagi siapa saja yang melakukannya, ia akan memperoleh balasan (pahala) atas perbuatan baiknya yang telah dilakukan, dan ditambah pahala-pahala sebanyak orang-orang yang mengikuti peruatan baik yang dianjurkannya. Pahala yang diberikan Allah hingga yang dikarunikannya kepada hamba-hamba-Nya yang di kehendaki.

Hadist tersebut juga memberi isyarat kepada kita untuk tidak berdakwah atau mengajak orang lain, memberi contoh orang lain dalam hal kemaksiatan, kedzaliman, dan keangkaramurkaan. Karena bila keteladanan buruk atau ajakan sesat ini dilakukan, sebagai sangsinya adalah bagi yang memperoleh dosa atas perbuatan sesatnya sedikitpun hingga yaumil kiamah.

KESIMPULAN

  1. Berdakwah adalah suatu kewajiban bagi setiap muslim. Siapa saja yang dapat melakukannya dengan mengajak orang lain dalam hal kebaikan dan kebenaran, baginya akan mendapat dua kali lipat (kebaikan) pahala. Satu pahala atas perbuatan amal baiknya, dan satu pahala lagi atas keteladanannya dari orang-orang yang mengikutinya.
  2. Sebaliknya siapa saja yang menberi contoh atau teladan kemaksiaatan, maka baginya akan mendapat dosa, ditambah dosa orang-ornang yang ikut bersamanya hal kemaksiatan.




Maka bagi Sedekah Jariah Pula



Takrif Sedekah Jariyah
Berkenaan dengan takrif sedekah pada bahasa, ia dengan maksud kebenaran atau pemberian ikhlas dari hati yang bersih. Manakala pada istilah pula, ulama’ menyebut sebagai pemberian semata-mata untuk mendekatkan kepada Allah dan mencari keredhaan Allah SWT. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 271)
Syeikh al-Maraghi berkata: "Jika kamu mengeluarkan derma secara terbuka, maka cara seperti itu adalah lebih baik kerana ia akan menjadi teladan yang baik kepada orang lain, sehingga ada antara mereka yang akan menirunya. Di samping itu, zakat menjadi salah satu sendi ajaran Islam yang andaikata jika dia lakukan dengan sembunyi-sembunyi, maka orang yang enggan mengeluarkannya akan berasa bimbang untuk melakukannya. Tetapi jika kamu memberi kepada orang fakir secara diam-diam, maka itulah yang terbaik kerana ia dapat menjauhkan diri dari sifat riyak, bahkan sejajar dengan keterangan dalam hadith-hadith dan contoh-contoh perbuatan sahabat." (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/620)
Sedekah secara umumnya adalah merangkumi sama ada yang sunat mahupun yang fardhu. Jika yang fardhu, ia dikenali dengan zakat.
Berkenaan dengan sedekah jariah pula ia memberi maksud mengalir kerana sedekah tersebut bersifat kekal dan manfaatnya boleh digunakan walaupun penyumbangnya sudah meninggal dunia.
Dalam al-Qamus al-Fiqhi (1/318) sedekah jariah juga dikenali sebagai wakaf berdasarkan beberapa hadith Nabi SAW.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏
Maksudnya“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Imam Nawawi dalam menjelaskan hadith ini menyebut: Ulama berkata, makna hadith ini adalah bahawa amalan si mati akan terputus dengan sebab kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya kecuali dengan tiga amalan ini. Ini kerana ia menjadi penyebabnya. Anak yang soleh daripada usahanya. Manakala ilmu yang ditinggalkannya adalah dengan sebab pengajaran atau karangannya. Begitu juga sedekah jariyah iaitu wakaf.
Dalam hadith ini juga terdapat galakan supaya berkahwin untuk mendapat anak yang soleh. Pada hadis ini juga menunjukkan sahnya asal wakaf dan besar pahalanya. Di samping itu, diterangkan kelebihan ilmu serta galakan untuk memperbanyakkannnya. Begitu juga menggalakkan untuk mewariskan ilmu dengan cara pengajaran dan karya serta penerangan. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 11/85)
Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, seperti mana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87)


Kedua petikan hadis diatas bersama tafsirannya, Menunjukkan betapa keduanya saling berkaitan dan dituntut oleh Allah Swt ubtuk kita lakukannya ,
Subhanallah maha suci Allah,

Usah pedulikan sesiapa yang memberi kecaman anda antum semua berkongsi hal agama kerena ianya juga satu dakwah sedekah jariah melalui ilmu, Doakan pada mereka agar satu hari nanti Allah swt akan berikan kefahaman,USah kita menjadi seperti mereka itu..





No comments:

Post a Comment

CONTOH PEMIMPIN AKHIR ZAMAN YANG DISEBUTKAN DIDALAM HADITH RASULLULAH SAW

Dari Tsauban ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, “ Sesungguhnya yang paling aku takuti dari umatku adalah para pemimpin yang sesat. Jika meletak...